Budak lapan tahun dinobat juruvideo dron termuda dunia

Iklan
Louisa Royer (kiri) menerima pencapaian daripada Guiness World Record sebagai juruvideo dron termuda di dunia. - Agensi

INDIANA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dianugerahkan sebagai juruvideo dron termuda di dunia dalam anugerah Festival Filem Antarabangsa AZSDroneFest baru-baru ini, lapor portal UPI.com.

Pengiktirafan Louisa Royer juga seorang pelajar di Evansville Day School yang membawa dronnya semasa melakukan percutian di Eropah, Jepun, Australia dan Korea Selatan oleh Guiness World Record (GWR) selepas gurunya menggalakkan dia menghantar rakamannya ke festival filem tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya meminta hadiah dron sebagai hadiah hari jadi kerana amat menyukai mata pelajaran sains dan minat meneroka dunia dari sudut pandangan yang berbeza," kata Royer kepada GWR.

Rakaman dron itu melayakkan dia dianugerahkan sebagai Juruterbang Dron Baharu Terbaik semasa di festival itu.

Iklan

"Anda perlu peka dengan persekitaran untuk mengelakkan lapangan terbang dan halangan seperti talian elekrik atau pokok," ujarnya.

Atas sebab itu, Royer dinobatkan sebagai juruvideo dron termuda (kategori wanita) pada usia lapan tahun 268 hari.

Iklan

"Ia sangat menakjubkan dan sangat mengujakan apabila rakan dan keluarga berbangga dengan pencapaian ini," tambahnya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!