Rombakan PKR: Perkemas struktur kepimpinan negeri
Iklan
SHAH ALAM - Rombakan terhadap Majlis Pimpinan Negeri (MPN) yang diumumkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Ahad berkemungkinan memberi petunjuk penting dalam mendepani pemilihan umum parti yang berlangsung pada tahun depan.
Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, bagaimanapun tidak dinafikan rombakan tersebut merupakan satu prosedur normal yang dilakukan oleh mana-mana parti bagi tujuan beradaptasi dengan perubahan semasa dan memperkemaskan kembali struktur kepimpinan di peringkat negeri.