[VIDEO] 'Ngeri' pasar atas landasan kereta api

Iklan
Pemandangan pasar kereta api Maeklong. - Foto: CNN

BANGKOK - Lapan kali sehari, kereta api bergerak melalui landasannya yang terletak di tengah sebuah pasar di sini malah lebih menggerunkan para peniaga perlu mengambil masa tiga minit sahaja untuk berkemas sebelum ketibaan kereta api tersebut.

Situasi itu hanya berlaku di pasar kereta api Maeklong di Bangkok, Thailand.

Iklan
Iklan

Hanya menggunakan amaran wisel yang kuat, pengunjung dan peniaga perlu peka kepada amaran itu supaya boleh 'berlari' ke tepi landasan bagi memberi laluan kepada kereta api, jika ingkar, maut padahnya!

Pasar dibuka jam 6 pagi hingga 6 petang itu sering menjadi tumpuan orang ramai terletak 80 kilometer dari Bangkok iaitu sekitar 1 jam 30 minit melalui perjalanan darat.

Iklan

Menerusi perkongsian video dari jurufoto terkenal, Demas Rusli memaparkan detik-detik cemas para peniaga mengemas payung dan barangan niaga yang berada di atas landasan sebelum ketibaan kereta api itu.

"Pernahkah anda melihatnya dari sudut ini, sebelum ini? Adakah anda mengharapkan ia kelihatan seperti ini?

Demas Rusli berkongsi video itu di Instagramnya sebelum tular di laman sosial.

Iklan

"Ia sungguh luar biasa apabila melihat peniaga memindahkan barang, menutup kedai, alihkan meja di atas landasan itu dengan masa yang tepat untuk beri laluan kepada kereta api itu.

"Sesudah kereta api itu beredar, peniaga membuka semula kedai mereka di atas landasan kereta api kepada pengunjung dan berniaga seperti biasa!.

"Perkara ini masih bermain di fikiran saya, bagaimana mereka boleh berada di ruang sempit itu semata-mata mahu berniaga setiap hari dan perkara itu diulang sebanyak 8 kali sehari," coretnya di Instagram miliknya.

Katanya, jika mahu merasai pengalaman luar biasa, para pengunjung digalakkan menyemak jadual kereta api ketika berkunjung di sana kerana ia menjanjikan suasana mengagumkan.

Dalam pada itu, Twitter The Sun juga memuat naik video tersebut dengan menyatakan lokasi itu sungguh unik dan video dirakam juga cukup menarik.