The Coco Journey cipta pengalaman menarik

Iklan
Khemah lut sinar menawarkan konsep penginapan berbeza yang pastinya memberikan pengalaman istimewa.

MELAKA - Negeri Melaka kaya dengan pelbagai lokasi pelancongan menarik dan tidak ketinggalan penginapan yang mempunyai keunikan tersendiri bagi mencipta momen indah kepada pengunjung.

Begitu juga dengan sebuah inap desa di kawasan Klebang, berkonsepkan agro pelancongan dengan panorama mendamaikan, sekali gus memukau mata yang memandang.

Iklan
Iklan

Panorama kawasan The Coco Journey yang didirikan atas tanah seluas 9.3 hektar di Klebang, Melaka.

The Coco Journey, Klebang yang direalisasikan dalam kawasan dusun seluas 9.3 hektar itu sememangnya memberi ketenangan luar biasa kepada pengunjung yang menginap di situ.

Iklan

Pengarahnya, Owen Koh berkata, kewujudan port menarik ini bagi memberi pengalaman unik kepada pelancong menikmati keindahan alam dengan menginap di inap dusun ala resort pertama di negeri ini.

Owen berdiri di hadapan inap dusun yang dibina di Klebang, Melaka.

Iklan

Menurutnya, kawasan yang dikelilingi kira-kira 4,100 batang pokok termasuk 2,100 pokok kelapa dan avokado selain 2,000 batang pokok pisang memberi peluang kepadanya untuk memperkasakan agro pelancongan di Melaka.

Ujarnya, di lokasi itu pengunjung boleh memilih konsep penginapan yang istimewa seperti kubah lut sinar dan khemah yang mana setiap satu boleh memuatkan sehingga empat orang.

"Semua unit dilengkapi penyaman udara dan tandas peribadi untuk memberi lebih keselesaan dan ketenangan kepada pengunjung,” jelasnya.

Owen menunjukkan penginapan berbentuk khemah dan kubah lut sinar yang terdapat di The Coco Journey, Klebang

Ditanya mengenai idea kewujudan inap dusun yang jarang ditemui, Owen berkata, idea itu datang selepas melihat produk sama di Taiwan selain mahu membawa perubahan kepada landskap pelancongan Klebang yang selama ini sinonim dengan pelancongan persiaran pantai.

Ujarnya, dengan suasana santai dikelilingi pokok nan hijau, pengunjung juga berpeluang untuk melakukan aktiviti riadah yang disediakan seperti berbasikal, mandi-manda di kolam renang, gelongsor dan kayak di tali air.

Villa yang mampu memuatkan seramai 20 orang pada satu masa.

Malah, katanya, inap dusun itu turut dilengkapi kemudahan surau, set BBQ dan ruang dapur terbuka terutama bagi mereka yang datang secara berkumpulan untuk mengadakan hari keluarga, syarikat meraikan pekerjanya dan sebagainya.

Kemudahan gelongsor yang disediakan kepada pengunjung bersebelahan kolam renang.

"Hasrat kami di sini untuk berusaha memberikan pengalaman berbeza supaya pengunjung dapat meluangkan masa bersama insan tersayang.

"Secara tidak langsung melupakan sejenak bebanan tugas dan kesibukan kota dengan mencari ketenangan yang boleh dijadikan kenangan terindah,” tambahnya.