Cabutan bertuah RM3,000 buat pengunjung PBAKL 2024

Iklan
Antara pengunjung bertuah yang membawa pulang hadiah menarik daripada Karangkraf ketika PBAKL 2024 berlangsung pada Isnin. Gambar kecil: Anis Syamila.

KUALA LUMPUR - Pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 berpeluang memenangi cabutan bertuah istimewa berjumlah RM3,000 sekiranya berbelanja minimum RM100 untuk mana-mana pembelian produk.

Ketua Pemasaran Grup Buku Karangkraf, Anis Syamila Abdul Halim berkata, pihaknya turut memberikan tiga baucar tiket penerbangan bernilai RM500, baucar beli belah sebanyak RM100 dan bagasi kepada pelanggan bertuah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jumlah cabutan tidak terhad dan terbuka kepada semua pengunjung yang memenuhi syarat pembelian.

"Sepanjang program berlangsung, kami juga adakan pertandingan mewarna Kids Karangkraf, pertandingan membaca buku cerita dan surah, #BookLoveChallenge dan ‘Mystery Box Challenge’ Buku Prima,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di pesta buku tersebut bertempat Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Isnin.

PBAKL 2024 edisi ke-41 yang berlangsung dari 24 Mei hingga 2 Jun itu menghimpunkan 241 pempamer dalam dan luar negara dengan melibatkan 972 reruai.

Iklan

Reruai Karangkraf yang bertemakan 'Karangkraf Land' dibuka di aras tiga dan empat bermula jam 10 pagi hingga 10 malam sepanjang penganjuran pesta buku.

Antara penulis yang bakal hadir memeriahkan pekarangan reruai Karangkraf pada 1 dan 2 Jun depan ialah Ustaz Khairul, Ustazah Razisatul, Dr Arif Musa, Liyana Marzuki serta novelis terkenal, Ramlee Awang Murshid juga ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Anis Syamila turut memaklumkan, Karangkraf sentiasa mengutamakan kepuasan pembeli agar tidak pulang dengan tangan kosong ketika mengunjungi reruai.

"Inilah masanya untuk orang ramai membeli buku-buku daripada Karangkraf.

"Terdapat pelbagai genre yang menepati cita rasa peringkat umur tidak kira golongan kanak-kanak, pelajar sekolah atau dewasa,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!