PENGENDALI Aston Villa, Unai Emery Etxegoien menandatangani kontrak lima tahun sekali gus mengekalkannya di Villa Park hingga Jun 2029, kata pasukan Liga Perdana Inggeris itu, sebulan selepas bekas pemain tengah kelahiran Hondarribia, Sepanyol itu menandatangani kontrak tiga tahun dengan kelab berkenaan.
Emery yang menyertai The Villains milik V Sports (Nassef Sawiris, Wes Edens dan Atairos) pada 2022 mengetuai Villa dengan menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris di kekedudukan empat teratas pertama sejak 1995/96.
Iklan
Iklan
Pencapaian itu membolehkan kelab berpangkalan di Villa Park yang mampu menampung 42,657 penonton berada dalam saingan teratas Eropah buat kali pertama sejak 1981/82 selain turut mara ke separuh akhir Liga Konferensi Europa.
"Kami sedang membina sesuatu yang istimewa dan luar biasa di Aston Villa dengan Unai sebagai teras kepada usaha tersebut," kata pengerusi Villa, Nassef Sawiris dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Unai yang pernah mengemudi Arsenal berkata dia sangat gembira mengambil langkah dan tanggungjawab memimpin kelab yang ditubuhkan pada 1874 itu.
"Terdapat keserasian yang hebat dalam kelab bola sepak Aston Villa, kami sangat teruja untuk meneruskan perjalanan ini tanpa had dalam usaha merealisasikan impian kami."
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!