Lelaki maut terjatuh pangsapuri di Setapak

Iklan
Seorang lelaki dijumpai dalam keadaan tertiarap di bawah bangunan dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai terjatuh dari pangsapuri itu. Foto PDRM

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari sebuah pangsapuri di Jalan Genting Kelang, Setapak, ibu negara pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, pihaknya menerima laporan daripada pihak keselamatan pangsapuri berkenaan jam 8.35 malam.

Iklan
Iklan

"Laporan itu mengenai seorang individu dijumpai dalam keadaan tertiarap di bawah bangunan dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai terjatuh dari pangsapuri itu.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki warga tempatan berumur 32 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohamad Lazim berkata, tiada unsur jenayah dan kes masih di dalam siasatan.

"Kes diklasifikasikan sebagai Kes Kematian Mengejut (SDR)," ujarnya. - Awani

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!