'Kagum dengan Pakcik Mokhranim'

Iklan
Paparan Instagram Arwind Kumar menarik perhatian netizen.

KUALA LUMPUR - Usia bukan penghalang seseorang individu itu mencuba sesuatu yang baharu dan sekiranya tidak mencuba, anda tidak akan mengetahui sama ada boleh lakukan atau tidak.

Itu pengajaran yang diterima oleh seorang penumpang perkhidmatan e-hailing yang berasa kagum dengan sisi peribadi pemandu e-hailing bernama Mokhranim.

Iklan
Iklan

Arwind Kumar berkata, dia bertemu lelaki itu ketika menaiki Grab untuk ke pusat membeli-belah di sini.

Walaupun pemandu itu mengambil masa 45 minit untuk tiba di lokasi dituju yang sepatutnya hanya 20 minit sahaja, Arwind tidak melenting sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut.

Iklan

Menjadi penumpang pertama buat Mokhranim, Youtuber terkenal ini berasa sungguh gembira kerana dapat mempelajari perkara sangat berguna buat dirinya.

"Saya adalah penumpang pertama hari ini selepas sekian lama pakcik berdaftar dengan Grab. Kenapa saya pertama? Saya tidak pasti, pakcik ini mungkin tidak mahir menggunakan aplikasi Google Maps atau Waze.

Iklan

"Kami bercakap selama kira-kira 45 minit kerana menggunakan laluan yang salah beberapa kali, namun pakcik ini membuatkan saya tenang.

"Saya tanya pakcik kenapa pilih untuk pandu Grab? Dia jawab sebab saya duduk rumah tengok TV je, lepas itu TV tengok saya," tulisnya di Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Mokhranim menyedarkan dirinya tentang kehidupan perlukan perubahan serta tidak mengharapkan 'keajaiban' berlaku, sebaliknya berusaha menuju kejayaan.

"Pakcik ini mengajar saya bahawa tidak kira usia kamu, tidak pernah terlambat untuk mencuba lagi.

"Walau kita jatuh, ia adalah satu pengalaman, kita perlu bangkit semula dan berjalan dengan bebas," katanya pantas menarik perhatian netizen.

Jelasnya, menerusi kata-kata semangat dititipkan oleh Mokhranim, dia tidak sabar untuk melakukan perubahan besar dalam dirinya.

Sementara itu, di ruang komen, pelayar haniiieeeyyy mengakui lelaki bernama Mokhranim merupakan bapanya.

"Bapa saya memang jenis tak reti duduk diam, kalau tiada benda nak buat, dia akan buat Grab pada masa lapangnya.

"Kami dah banyak kali nasihatkan tidak perlu bekerja kerana anak-anak boleh tanggung tapi dia hanya cakap, kalau duduk rumah dia akan tidur. Terima kasih melayan baik bapa saya. Moga Tuhan merahmati anda," tulisnya.

Menyifatkan perkongsian itu penuh berinspirasi, netizen mendoakan Mokhranim sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.