Ringgit berada paras baik susulan ekonomi berkembang pada suku pertama - PM

Iklan
Anwar. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Nilai ringgit pada masa ini secara umumnya berada pada paras yang baik, antaranya disokong oleh prestasi ekonomi negara yang memberangsangkan pada suku pertama 2024, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada jam 9 pagi ini, ringgit terus mengukuh kepada 4.6900/6950 berbanding dolar AS, naik daripada 4.6940/6990 pada Isnin.

Iklan
Iklan

"(Ringgit berada pada paras RM4.69 pagi ini) adalah okay, angka adalah kukuh dan secara umumnya baik.

"Syukur alhamdulillah, ekonomi kita baik pada suku pertama,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) pada Selasa.

Iklan

Malaysia mencatatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama 2024 berbanding 2.9 peratus pada suku keempat 2023, didorong oleh perbelanjaan swasta yang lebih kukuh dan pertumbuhan eksport yang positif. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!