Mohd Ali dilantik semula sebagai YDP Melaka bagi penggal kedua

Iklan
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Mohd Ali di Singgahsana Kecil, Istana Negara pada Selasa. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Selasa berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua bermula 4 Jun 2024.

Istiadat pengurniaan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

Turut hadir, Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh,; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Ketua Menteri Melaka, Datuk Rauf Yusoh serta Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum.

Mohd Ali, 75, sebelum ini dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh pada 4 Jun 2020 bagi menggantikan Tun Mohd Khalil Yaakob.

Iklan

Beliau akan menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi tempoh empat tahun.

Mohd Ali yan berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Batu Berendam sejak 1995 hingga 1999 dan Ketua Menteri Melaka Kesembilan dari 1999 hingga 2013. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!