Tukang gunting rambut tidak mengaku salah lakukan rompakan bersenjata

Iklan

KOTA BHARU - Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata berkumpulan terhadap seorang lelaki pada 16 Mei lepas.

Mohamad Altaf Isyraf Zazlan, 21, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan.

Iklan
Iklan

Lelaki itu bersama-sama tiga individu lain yang masih bebas, didakwa melakukan kesalahan itu dengan mendatangkan ketakutan kepada Muhammad Safuan Hariss Ibrahim, 26, serta merampas sebuah motosikal jenama Yamaha, tiga unit telefon bimbit dan satu kerongsang emas milik ibu mangsa, di Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian pada jam 11 pagi, 16 Mei.

Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan tidak menawarkan sebarang wang jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan serius menggunakan senjata, sementara peguam Muhammad Zulfaqar Al Basysyar yang mewakili Mohamad Altaf memohon supaya membenarkan anak guamnya diberikan ikat jamin paling minima.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin kemudiannya membenarkan lelaki itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Jun untuk sebutan semula kes. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!