Dalam Islam, setiap ibadah memiliki kedudukan yang penting dan istimewa, termasuklah ibadah haji yang bermaksud kunjungan ke Baitullah pada masa yang ditentukan (bulan haji) dan syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan.
Ibadah haji adalah istimewa kerana ia bersifat multi dimensi, melibatkan aspek fizikal, rohani, dan harta. Malah ibadah haji cukup istimewa di mana ia menunjukkan semangat kesatuan ummah apabila seluruh umat Islam dari pelbagai pelusuk dunia tanpa mengira darjat, bangsa dan sebagainya berkumpul bersama-sama untuk melaksanakan ibadah haji.
Aspek fizikal merujuk kepada kesihatan tubuh badan dan kemampuan bergerak, menuntut setiap Muslim menjaga kesihatan diri untuk melaksanakan ibadah haji.
Dari sudut rohani pula, setiap tetamu Allah hendaklah mempersiapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan, memperbaiki niat semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT dan meningkatkan amalan baik dan menjauhi segala larangannya. Jauhkan diri dari segala sifat takabbur, riak dan ujub.
Dari segi persiapan kewangan, syarat pemilikan harta yang mencukupi menunjukkan komitmen setiap Muslim untuk mengumpul harta demi-Nya, dan bukan untuk keperluan peribadi.
Menurut pendakwah bebas, Mohamad Zafiri Mohamad Daud, ketika sesi POV Podcast Sinar Harian dibawakan oleh InsureLit daripada Sun Life Malaysia mengenai Persiapan Haji dan Badal Haji, ibadah haji memerlukan pengorbanan fizikal, mental, dan kewangan. Maka penting bagi individu Muslim membuat persiapan rapi.
"Namun, kita tidak dapat menjamin kemampuan kita untuk menyempurnakan ibadah ini ketika masih sihat dan hidup.
"Oleh itu, menjadi tugas dan tanggungjawab ahli keluarga untuk melaksanakan badal haji jika kita tidak berpeluang,” kata beliau.
Sun Life Malaysia, salah satu pengendali takaful keluarga terkemuka di Malaysia, mengambil initiatif melancarkan Kempen InsureLit sepanjang tahun untuk meningkatkan pemahaman masyarakat Malaysia tentang takaful.
Kempen ini menggabungkan pelbagai inisiatif pendidikan, secara fizikal dan juga dalam talian. Antaranya termasuk kempen kesedaran digital dan media sosial, jerayawara, tajaan program kewangan, anugerah celik kewangan yang bertujuan memperkasakan wanita, permainan papan yang menarik dan program bersama pelajar sekolah rendah, semuanya bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi insurans.
Jelas beliau, Badal Haji adalah amalan di mana seseorang itu menunaikan haji atas nama individu lain yang tidak mampu melakukannya atas sebab tertentu seperti uzur atau kematian, dan biasanya ditanggung oleh ahli keluarga.
"Dalam Mazhab Syafie, pelaksanaan haji boleh ditunda selagi ada tekad kuat untuk melakukannya. Menunda tanpa alasan kukuh adalah haram kerana individu mungkin tidak sempat menunaikan haji sebelum ajal tiba.
"Jika seseorang telah berkemampuan tetapi meninggal dunia sebelum sempat mengerjakannya, ahli waris wajib mengerjakan badal haji bagi pihaknya dengan menggunakan harta peninggalan si mati,” katanya.
Badal haji juga harus dilaksanakan jika seseorang itu ada kemampuan dari sudut harta, tetapi menghidap penyakit yang kritikal dan tiada harapan sembuh, atau usia yang sudah terlalu tua dan uzur.
Keperluan persediaan kewangan untuk badal haji melalui takaful
Sun Life Malaysia menawarkan pelan takaful yang menyediakan manfaat badal haji. Pelan-pelan ini membantu peserta dalam memenuhi keperluan menunaikan haji walaupun tidak dapat melaksanakannya ketika masih sihat atau masih hidup. Selain itu, produk Takaful Sun Life Malaysia yang diinspirasikan dari lima prinsip Islam, turut menyediakan pelbagai manfaat yang merangkumi manfaat dan ini termasuklah wakaf, zakat, fidyah/sadaqah, dan haji/umrah.
Salah satu pelan yang ditawarkan oleh Sun Life Malaysia yang menawarkan manfaat badal haji adalah pelan Sun Hajj. Sun Hajj ialah pelan takaful yang menawarkan perlindungan takaful jika berlaku kematian, TPD kepada orang yang dilindungi.
Sekiranya berlaku kematian, hilang upaya menyeluruh dan kekal atau didiagnosis dengan salah satu daripada 36 penyakit kritikal. pihak penyedia perkhidmatan haji yang berdaftar dengan Sun Life Malaysia akan melaksanakan badal haji bagi pihak anda. Jika kos badal haji kurang daripada RM5,000, lebihan nilai manfaat akan dibayar kepada penama atau pihak menuntut yang sah. Sebaliknya jika penyedia perkhidmatan haji yang berdaftar tidak didapati atau kos badal haji melebihi daripada jumlah manfaat, nilai manfaat tersebut akan diberikan kepada penama atau pihak penuntut yang sah.
Selain itu, Sun Life Malaysia juga menawarkan perlindungan tambahan sekiranya berlaku kemalangan, tambahan 100 peratus jumlah yang dilindungi sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh semasa menunaikan ibadah umrah/haji, bayaran istimewa, serta manfaat perbelanjaan pengebumian.
Sehingga tahun 2023, Sun Life Malaysia telah membantu lebih daripada 100 orang untuk menunaikan badal haji melalui pelbagai pelan takaful yang ditawarkan. Ini menunjukkan komitmen Sun Life Malaysia dalam membantu umat Islam memenuhi keperluan mereka.
Rezeki arwah Muslihuddin sempurnakan ibadah haji
Kisah allahyarham Mohd Muslihuddin Amzar dari Temerloh, Pahang, ini mungkin boleh diambil sebagai iktibar dan pedoman bagaimana persiapan diri sebelum bertemu kematian amat penting dalam melunaskan ‘hutang’ rukun Islam kelima itu.
Allahyarham telah mendaftar dengan pelan Takaful dari Sun Life Malaysia dan beliau meninggal dunia pada usia 28 tahun. Salah satu manfaat yang diterima dari pelan tersebut membolehkannya menyempurnakan kewajipan Haji melalui Badal Hajj selepas ketiadaannya.
Kejadian ini menunjukkan bagaimana manfaat yang terdapat dalam pelan Takaful Sun Life Malaysia dapat memberikan kesan positif kepada individu yang berdaftar, membantu mereka mencapai impian dan keperluan mereka, serta memberi sokongan kepada keluarga yang ditinggalkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Sun Life Malaysia serta pelan-pelan takaful, sila layari https://www.sunlifemalaysia.com.
Dan, jangan lepaskan peluang untuk terus mengikuti perkembangan terkini Sun Life Malaysia di platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok.