[VIDEO] Peniaga dikesan guna minyak masak peket untuk restoran

Iklan

KUANTAN – Gagal selenggara buku stok barangan kawalan dan menyalahgunakan minyak masak peket bersubsidi antara kesalahan yang dikesan dilakukan oleh seorang peniaga dalam Ops Terjah di sini pada Selasa.

Semasa operasi dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang bersama Jabatan Imigresen Pahang, peniaga yang mengusahakan kedai runcit dan restoran itu dikenakan tindakan di bawah Peraturan 13 (2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Iklan
Iklan

Operasi bermula jam 10 pagi yang turut dihadiri Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Saleh itu diadakan selepas menerima aduan orang ramai mengenai salah laku melibatkan peniaga tersebut.

Pegawai KPDN sedang menyemak buku stok barangan kawalan dan menyalahgunakan minyak masak bersubsidi di salah sebuah premis perniagaan di Bandaraya Kuantan pada Selasa.

Fuziah memaklumkan, peniaga berkenaan didapati gagal menyelenggara buku stok barangan kawalan.

Iklan

"Kita dapati peniaga ini tidak mempunyai buku stok. Jadi, kita tidak boleh tengok ke mana barangan kawalan dijual, sedangkan barangan ini tidak boleh dijual secara borong.

"Dalam kes ini, kita buka siasatan bawah Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan, yang mana jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman maksimum RM1 juta bagi individu dan maksimum RM2 juta bagi syarikat,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas bersama pasukan penguat kuasa dalam Ops Terjah bersepadu di sekitar bandar Kuantan pada Selasa.

Fuziah memberitahu, peniaga berkenaan juga dikesan melakukan ketirisan barang bekalan bersubsidi apabila minyak masak paket yang dijual di kedainya turut digunakan bagi perniagaan restoran yang terletak bersebelahan.

Jelasnya, perbuatan itu merupakan satu kesalahan kerana minyak masak peket bersubsidi tidak boleh digunakan untuk kedai makan atau restoran.

"Kerajaan memperuntukkan kira-kira 60,000 metrik tan kuota minyak masak bersubsidi khusus untuk kegunaan isi rumah.

"Adalah menjadi kesalahan sekiranya dijual bagi kegunaan restoran," tegasnya.

Beliau berkata, dalam operasi berkenaan, peniaga terbabit turut dikesan melakukan kesalahan menggaji pekerja warga asing sebagai jurujual atau juruwang.

"Kedai runcit ini ada kuota pekerja asing maksimum dua orang sahaja dan perlu ada pekerja tempatan.

"Pekerja warga asing hanya boleh bekerja mengangkat barang atau di bahagian stor, manakala jurujual atau juruwang perlu pekerja tempatan

"Peniaga ini juga didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Fuziah mengingatkan peniaga agar tidak menyalahgunakan barang kawalan bersubsidi, selain perlu memastikan tidak berlaku ketirisan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!