Maksiat berleluasa, kezaliman undang azab ALLAH

Iklan
HIBURAN yang melampau dan melalaikan serta bercampur dengan unsur-unsur pergaulan bebas dan mendedahkan aurat adalah haram di sisi Islam. Gambar hiasan/Foto CANVA

BERHIBUR dan hiburan tiada salahnya asalkan ia tidak melampau dan melalaikan.

Namun apabila hiburan itu bercampur dengan perkara-perkara yang dilarang agama seperti pergaulan bebas dan mendedahkan aurat, maka hukumnya adalah jelas haram.

Iklan
Iklan

Dua insiden berhibur seperti yang tular di media sosial baru-baru ini yang berlaku di sebuah resort dan di dalam keretapi yang disewa khas secara terang-terangan mempunyai dua faktor tersebut.

ANTARA gambar tular di media sosial memaparkan penganjuran parti liar di sebuah resort baru-baru ini.

Iklan

Mengulas mengenai hiburan yang mempunyai unsur maksiat tersebut, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, perbuatan maksiat yang berleluasa seperti itu mengundang kepada azab ALLAH SWT.

Menurutnya, ALLAH SWT mengingatkan kita bahawa terdapat beberapa tempat yang telah dimusnahkan disebabkan kerosakan yang dilakukan penduduk tempat itu seperti dirakam dalam ayat ke-58 Surah al-Qasas:

Iklan

"Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong (dan melakukan kerosakan.”

DR AHMAD SANUSI

"Ketika menghuraikan ayat ini, Imam Ibnu Kathir menegaskan bahawa apa yang dimaksudkan dengan mereka yang sombong adalah mereka yang melampau batas dengan melakukan perbuatan taghut, melakukan kerosakan serta maksiat dan mereka yang kufur iaitu tidak mensyukuri kurniaan yang telah ALLAH kurniakan kepada mereka.

Tambah pensyarah itu, ALLAH SWT di dalam ayat ke-59 surah sama menegaskan:

"Dan Kami tidak akan memusnahkan sesuatu tempat melainkan penduduk tempat itu melakukan kezaliman.”

Jelasnya, apa yang dimaksudkan kezaliman itu menurut Imam Al-Qurtubi ialah mereka yang melakukan kezaliman ini kerena keingkaran serta kufurnya mereka terhadap ALLAh SWT sekalipun setelah diberi peringatan berkali-kali.

"Sesungguhnya umatku berada dalam keadaan baik selagi mana tidak berleluasanya anak zina. Sekiranya berleluasanya kelahiran anak zina, maka dibimbangi ALLAH akan menimpakan mereka dengan azab.” (Hadis Riwayat Ahmad)

PENGANJURAN pesta hiburan di tren sewa khas yang tular di media sosial baru-baru ini.

"Kebelakangan ini muncul isu-isu yang tidak menyenangkan bagi seorang Muslim. Marilah bersama membanteras kerosakan yang mempunyai kesan buruk terhadap diri dan negara,” katanya.

Sebelum itu dalam isu sama, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pada dasarnya Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur.

Bagaimanapun ia harus dipandu dan dinilai berdasarkan nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama, serta tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang dilarang atau bertentangan dengan ajaran Islam.

DR ZULKIFLI

"Islam membenarkan hiburan kerana ia dianggap sebagai sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia.

"Malah untuk perkara-perkara yang sukar atau hampir mustahil dilakukan sekalipun, ada dalam kalangan umat Islam yang melakukannya,” ujarnya.