44 peratus permohonan kredit bank disyaki ada kaitan sindiket penipuan - CTOS IDGuard

Iklan
CTOS Digital Berhad

SHAH ALAM - Biro fraud negara, CTOS IDGuard mendedahkan hampir 44 peratus permohonan kredit yang disyaki daripada bank ahli mempunyai kaitan dengan sindiket dan penipuan.

CTOS IDGuard dalam satu kenyataan berkata, data yang dikeluarkan diambil daripada 9.44 juta permohonan sejak 45 bulan lalu dengan jumlah keseluruhan RM519 juta.

Iklan
Iklan

"Jenis dan sebab penipuan lain yang dikenalpasti adalah kerana penipuan pendapatan dengan 22.89 peratus.

"Selain itu, butiran palsu nombor kediaman, rekod senarai hitam, kecurian identiti dan lain-lain,” katanya pada Selasa.

Iklan

CTOS IDGuard merupakan sebahagian rangkaian perkhidmatan penipuan dan platform berkenaan memanfaatkan pangkalan data unik seperti CTOS e-KYC, CTOS ‘Multi-face ID’ serta CTOS ‘Digital Footprint’.

Difahamkan sehingga sekarang, CTOS IDGuard mempunyai lebih daripada 65 peratus aset perbankan di negara ini.

Iklan

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Digital Berhad, Erick Hamburger memaklumkan, pihaknya telah menggunakan mesin untuk meningkatkan kecekapan Biro Penipuan IDGuard CTOS sepanjang tahun lalu.

Tambahnya, angka semasa menunjukkan peningkatan kadar pengesanan lebih enam peratus dan kemungkinan ia menjadi alat penting dalam membanteras penipuan serta sindiket.

"Peningkatan terbaharu ini untuk sektor dan ekonomi kita memandangkan sektor kewangan digital semakin berkembang,” ujarnya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!