TOKYO - Polis Tokyo telah menahan seorang lelaki berusia 25 tahun kerana didakwa mencipta perisian hasad menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) generatif yang tersedia dalam talian secara percuma, lapor Jiji Press.
Ryuki Hayashi dari Kawasaki, wilayah Kanagawa, selatan Tokyo ditahan oleh Jabatan Polis Metropolitan kerana disyaki mencipta rekod elektronik tanpa kebenaran.