Rakyat masih keliru

Iklan
Jefri menganggap bantuan RM200 sebulan masih rendah berbanding subsidi diesel yang dinikmati sekarang.

SHAH ALAM - Pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi daripada golongan B40 dan M40 di Semenanjung layak memohon sumbangan tunai RM200 sebulan menerusi Program Bantuan Subsidi Madani atau Budi Madani mulai Selasa, namun ramai yang mendakwa mereka masih keliru mengenai siapa yang benar-benar layak mendapat subsidi.

Tinjauan Sinar Harian mendapati mereka turut tertanya-tanya mengapa perlu membuat permohonan baharu sedangkan mereka sudah mengisi sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebelum ini.

Iklan
Iklan

Sebahagian mereka pula meminta kerajaan mengkaji semula syarat-syarat permohonan kerana menganggap akan ramai yang tercicir bantuan disebabkan tidak menepati kriteria ditetapkan.

Seorang penduduk, Rosli Sulaiman, 45, berkata, dia keliru kerana terpaksa membuat permohonan secara dalam talian di bawah kategori Budi Individu.

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.

Jelasnya, penduduk juga khuatir sekiranya permohonan tidak diluluskan dan menyebabkan mereka terpaksa membeli diesel tanpa subsidi pada harga jauh lebih mahal.

"Saya pun tidak tahu cara untuk mendaftar dan kalau boleh kita berharap kerajaan dapat perkenalkan cara manual bagi memudahkan rakyat,” tambahnya.

Iklan

Jefri Chula, 56, dari Klang pula berkata, jumlah RM200 masih rendah berbanding subsidi diesel yang dinikmati sekarang.

Menurutnya, langkah diumumkan kerajaan itu memberi bebanan dan tekanan kepada penduduk terutama mereka yang berpendapatan rendah.

"Saya bimbang pemansuhan subsidi diesel ini akan menyebabkan kenaikan harga barang dan ini sudah tentu keadaan ini menyusahkan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Kenderaan pacuan empat roda digunakan ketika program NGO bersama Orang Asli di Kuala Krai.

Di KOTA BHARU, ramai pemilik kenderaan pacuan empat roda turut keliru dengan kaedah pemilihan penerima yang layak mendapat bantuan Budi Madani menyebabkan mereka belum mengisi borang permohonan.

Setiausaha Kumpulan Rekreasi Lacar Group 4x4 Kuala Krai, Muhammad Asrul Mohamed berkata, ramai ahli kumpulan bersetuju bantuan RM200 itu dapat membantu menampung kos harian bahan api kenderaan tetapi berharap ada ketelusan dalam memilih mereka yang benar-benar layak.

Peniaga, Mohd Safuan Ismail, 40, pula belum membuat permohonan kerana tidak pasti kriteria untuk pacuan empat roda.

Mohd Safuan yang terlibat dengan pertubuhan bukan kerajaan turut memanfaatkan kenderaan pacuan empat roda untuk komuniti setempat.

"Sudah menjadi perkara biasa kami membantu mangsa banjir termasuk memindahkan mereka dan menghantar bantuan dengan kenderaan ini.

"Kenderaan ini tidak hanya berfungsi untuk pekerjaan tetapi penting dalam situasi tertentu,” katanya.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan pemilik kenderaan diesel persendirian berdasarkan kriteria kelayakan tertentu, boleh membuat permohonan di bawah kategori Budi Individu, manakala petani kecil dan pekebun kecil boleh memohon di bawah kategori Budi Agri-Komoditi.

Budi Madani melengkapi program subsidi bersasar melalui MySubsidi Diesel kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!