'Mental tak kuat, jangan layan media sosial'

Iklan
Hamidin

KETUA Kontinjen Malaysia (CDM) ke Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin mengingatkan para atlet yang tidak kuat mental agar tidak melayan komen negatif warganet di media sosial menjelang 58 hari temasya itu membuka tirai pada 26 Julai ini.

Ini kerana kata beliau, pengaruh dan kritikan yang tidak membina di laman sosial boleh menjejaskan persiapan serta prestasi mereka yang bakal membawa cabaran besar negara di Paris.

Iklan
Iklan

"Saya katakan kepada mereka (atlet Olimpik), kalau anda tak kuat mental, jangan tengok media sosial.

"Seingat saya Datuk Lee Chong Wei (legenda badminton negara) pernah kata perkara macam ini,” katanya.

Iklan

Justeru beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, adalah lebih baik mereka memberi fokus meningkatkan prestasi masing-masing untuk memberikan yang terbaik pada temasya terbesar dunia itu.

"Mereka cukup memahami, saya hanya katakan kalau mereka tidak mampu untuk hadapi warganet dan media sosial lebih baik fokus apa yang mereka patut buat (tingkat prestasi) dan beri yang terbaik di Paris,” katanya.

Iklan

Kontinjen negara ke Paris bakal diketuai jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan pemain perseorangan badminton profesional, Lee Zii Jia.

Turut berada dalam senarai ke Paris 2024 adalah beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bersama-sama penerjun Bertrand Rhodict Lises, Nur Shazrin Latif dan Khairulnizam Afendy (pelayaran).

Cabaran Malaysia juga bakal digalas oleh Johnathan Wong (menembak), Ariana Nur Dania Mohd Zairi (memanah), Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat), Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (berbasikal trek) serta pelumba lebuh raya wanita, Nur Aisyah Zubir.

Kem badminton turut disertai Pearly Tan-M Thinaah (beregu wanita), Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran) dan Goh Jin Wei (perseorangan wanita).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!