SHAH ALAM - Susulan pengumuman subsidi Budi Madani, seorang pengguna X, @joni_joni memberi cadangan 'nakal' supaya pemilik kenderaan diesel terpakai segera memperbaharui cukai jalan dan mendaftarkannya di bawah Budi Individu bagi mendapatkan pendapatan pasif setiap bulan.
Namun pakar industri automotif, Shamsul Yunos berpandangan, cadangan itu tidak berbaloi kerana kos untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan jenis berkenaan lebih mahal berbanding RM200 melalui Budi Madani.
"Cukai jalan dan insurans kereta diesel boleh cecah RM1,000 ke atas, jadi idea seperti itu memang tidak logik. Hanya untuk dapatkan RM200 sebulan, memang tak munasabah kerana jumlah itu kecil berbanding kos yang terpaksa dikeluarkan.
"Cadangan itu juga tidak boleh diguna pakai kerana syarat yang dikenakan adalah kenderaan yang kurang dari 10 tahun. Harga kenderaan terpakai khususnya enjin diesel juga bukan murah,” katanya.
Kementerian Kewangan menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan pemilik kenderaan diesel persendirian berdasarkan kriteria kelayakan tertentu, boleh membuat permohonan di bawah kategori Budi Individu, manakala petani kecil dan pekebun kecil boleh memohon di bawah kategori Budi Agri-Komoditi.
Penerima yang layak di bawah kedua-dua kategori tersebut akan disalurkan RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Info
Senarai kenderaan diesel baharu di Malaysia
Model/Harga
Toyota Hilux RM103,880-RM169,080
Mazda CX-5 RM143,300-RM187,200
Mitsubishi Triton RM87,390-RM155,900
Toyota Fortuner RM195,880-RM236,880
Ford Ranger RM98,888-RM183,888
Mazda CX-8 RM184,000-RM220,000
Kia Carnival RM199,840-RM261,229
Nissan Navara RM95,600-RM148,600
Ford Ranger Raptor RM248,888-RM259,888
Maxus T60 RM99,000
Toyota Hiace SLWB RM169,000
Hyundai Staria RM181,888-RM211,888
Sumber: Zigwheels.my
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!