Sedia hadapi kemarau ekstrem
Iklan
FENOMENA cuaca panas dan kering luar biasa didapati melanda negara pada skala yang lebih kerap akibat pengaruh perubahan iklim menyebabkan suhu maksimum harian menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat serta berlakunya kemarau.
Saintis melaporkan, peningkatan kekerapan dan skala bencana seperti kemarau selaras dengan peningkatan purata suhu global dan krisis iklim yang semakin teruk.