GPW14 instrumen penting bentuk masa depan ekosistem kesihatan sejagat

Iklan
Dr Dzulkefly

KUALA LUMPUR - Malaysia optimis bahawa kerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan Fourteenth General Programme of Work (GPW14) akan menjadi instrumen penting bagi membimbing ahli dan pemain kesihatan lain dalam membentuk masa depan ekosistem kesihatan sejagat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, GPW14 turut memperkasakan WHO untuk berfungsi dengan berkesan merentasi semua peringkat organisasi, dengan bersama-sama mampu mengorak langkah penting dalam meningkatkan kesihatan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Iklan
Iklan

"Tema ‘All for Health, Health for All’ adalah suatu keperluan moral dan sosial yang sungguh-sungguh yang bergema dengan mendalam dengan transformasi berterusan Malaysia dalam pembiayaan kesihatan dan penyampaian perkhidmatan.

"Kami sedang mengubah cara penyediaan penjagaan dengan memacu inovasi kesihatan digital untuk membawa perkhidmatan lebih dekat dengan rumah, dengan sokongan daripada pembaharuan pembiayaan bantuan yang mampan yang meningkatkan kesamarataan,” katanya ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada Sidang Pleno Perbincangan Umum sempena Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-77 (WHA77) di Geneva, Switzerland pada Selasa.

Iklan

Menurut Dzulkefly, rundingan berterusan dengan Badan Perundingan Antara Kerajaan (INB) berkaitan pindaan kepada Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) menggariskan keperluan yang tidak dapat dinafikan untuk tindakan kolektif, yang juga sejajar dengan kepercayaan Malaysia dalam mempromosikan kesamarataan, perpaduan dan ketelusan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan