914 saman dikeluarkan terhadap warga asing di Kelantan

Iklan
Sebanyak 914 saman dikeluarkan terhadap warga asing di negeri ini oleh polis sepanjang seminggu bermula 21 Mei lalu menerusi Operasi Lejang Bersepadu bersama JPJ.

KOTA BHARU - Sebanyak 914 saman dikeluarkan terhadap warga asing di negeri ini oleh polis sepanjang seminggu bermula 21 Mei lalu menerusi Operasi Lejang Bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas tersebut melibatkan seramai 282 pemandu warga asing.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, selain itu seramai 52 warga asing telah ditangkap iaitu Rohingya 31 orang, Indonesia (8), Pakistan (6), Bangladesh (4), India, Nepal dan Thailand masing-masing seorang.

"Turut dirampas enam motosikal, tiga motokar, forklift, lori, guni tembaga masing-masing satu.

Iklan

"Sebanyak 276 kenderaan disita iaitu 232 buah motosikal, motokar (26), trak pikap (3), motosikal roda tiga (13) van dan lori masing-masing sebuah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, pihak polis ingin mengingatkan adalah menjadi tanggungjawab semua pemandu agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas bagi menjamin keselamatan ketika berada di jalan raya.

Iklan

Muhamad Zaki memberitahu, selain itu, diingatkan juga pemilik kenderaan dalam kalangan warganegara tempatan supaya jangan sewenang-wenangnya membenarkan kenderaan persendirian digunakan oleh warga asing yang tidak memiliki lesen dalam apa-apa kegunaan sekalipun.

Katanya, ini kerana pelbagai risiko boleh berlaku sekiranya warga asing ini memandu atau menunggang kenderaan tanpa memiliki lesen sah dan terlibat dalam kemalangan jalan raya.

"PDRM memandang serius isu ini kerana melibatkan nyawa pengguna jalan raya yang lain selain menimbulkan kebimbangan masyarakat secara keseluruhannya," ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!