Beruang matahari betina masuk perangkap

Iklan
Beruang matahari betina yang masuk ke dalam perangkap yang dipasang Perhilitan Kelantan di Kampung Air Asahan Hulu, di Tanah Merah pada Selasa.
TANAH MERAH - Seekor beruang matahari betina akhirnya tertangkap selepas masuk ke dalam perangkap Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan di Kampung Air Asahan Hulu, di sini pada Selasa.

Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, pada 19 Mei lalu pihaknya telah menerima aduan mengenai haiwan liar terbabit yang dikatakan berkeliaran di sekitar kebun penduduk.

"Bertindak atas aduan tersebut, anggota dari Perhilitan Daerah Jeli telah menjalankan siasatan di lokasi aduan dan telah memasang satu unit perangkap di lokasi aduan pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Tiga hari kemudian, beruang matahari terbabit telah berjaya memasuki perangkap," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, operasi pemindahan dan pelepasan semula beruang itu ke habitat yang lebih sesuai dan selamat akan dijalankan dalam masa terdekat.

Iklan

Mohamad Hafid memberitahu, bagi mengurangkan kes konflik melibatkan beruang, penduduk khususnya pekebun adalah dinasihatkan agar mengambil langkah-langkah mitigasi seperti sentiasa berteman semasa ke kebun dan tidak memasuki kawasan tersebut pada waktu malam.

"Sentiasa membersihkan kebun dan tidak dibiarkan semak samun dan memasang lampu pada waktu malam," katanya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!