First Vista Residence bercirikan alam semula jadi

Iklan
Pengasas Golden Pavillion Group, Nic Kew (empat dari kiri) dan Penyelaras Parlimen Sabak Bernam, Ahmad Mustain Othman (tiga dari kanan) melancarkan gimik perasmian semasa Majlis Pelancaran First Vista Residence pada Sabtu.

SABAK BERNAM - Golden Pavillion Group melancarkan 46 unit rumah teres dua tingkat First Vista Residence dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM20 juta.

Pengasasnya, Nic Kew berkata, projek di kawasan seluas dua hektar itu dijangka siap pada suku ketiga tahun 2026.

Iklan
Iklan

Menurutnya, projek perumahan kali pertama dibangunkan syarikatnya di Sabak Bernam itu mempunyai saiz keluasan 20 kaki X 60 kaki dijual bermula dari RM420,000.

"Pembangunan ini mempunyai sebanyak 46 unit berpegangan kekal yang terletak di lokasi strategik dan lokasi penting," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran First Vista Residence pada Sabtu.

Iklan

Kew berkata, First Vista Residence dilengkapi empat bilik tidur serta tiga bilik air selain mempunyai ruang tempat meletak kenderaan.

Tambahnya, projek perumahan itu bercirikan alam semula jadi yang sememangnya memenuhi hasrat pembeli rumah bagi mencari kehidupan moden kontemporari.

Iklan

Sehingga kini, katanya, kira-kira 60 peratus pembeli sudah mendaftar bagi memiliki kediaman berkenaan.

Menurut Kew, projek perumahan itu dijangka menarik minat pembeli berikutan ia mudah diakses menerusi pembukaan Seksyen 7 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Tanjong Karang tidak lama lagi.

"Pembinaan (Seksyen 7) WCE sedang giat dijalankan dan dijangka mula operasi sepenuhnya pada tahun 2025 dan apabila siap nanti perjalanan antara Klang dan Sabak Bernam akan dipendekkan sebanyak 45 minit.

"Selain itu, kami juga merancang projek pembangunan sebanyak 450 unit kediaman di samping kedai komersial serta pusat pendidikan dan sukan di daerah ini," jelas beliau.

Sementara itu, Penyelaras Parlimen Sabak Bernam, Ahmad Mustain Othman berkata, projek perumahan yang dibangunkan di Sabak Bernam biasanya laris meskipun daerah itu jauh daripada Lembah Klang.

Katanya, apabila WCE siap kelak, lebih banyak projek pembangunan dilaksanakan di kawasan itu.

"Saya yakin anak-anak Sabak Bernam yang tinggal di Shah Alam, Klang atau di bandar berdekatan mereka akan pulang ke kampung dan membeli projek perumahan baharu setelah pembukaan WCE nanti yang dapat memendekkan perjalanan dan masa ke bandar," jelas beliau.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek kediaman First Vista sila klik pautan berikut.