KDN FC terima tajaan ROHM Electronics

Iklan
Kantung kewangan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) semakin kukuh selepas menerima tajaan berjumlah RM200,000 dari ROHM Electronics Sdn Bhd untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.

KANTUNG kewangan pasukan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) semakin kukuh selepas menerima tajaan berjumlah RM200,000 daripada ROHM Electronics Sdn Bhd bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, tajaan tersebut adalah kesinambungan kerjasama yang dilakukan pada musim-musim terdahulu.

Iklan
Iklan

"Tahun lepas pihak ROHM Electronics bersama KDN FC memberi penekanan kepada program akar umbi sehingga berjaya menghantar satu skuad bawah 16 tahun menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa bersama tiga akademi bola sepak di Kasaoka, Jepun.

Menurut beliau, penajaan itu merupakan bentuk penghargaan kepada jenama KDN FC berharap skuad kendalian Park Jeahong itu mampu mengecapi kejayaan lebih baik selepas ini.

Iklan

Sebelum itu, Rozi bersama Pegawai Komunikasi Korporat, Hisham Lokman serta Pegawai Operasi, Mohd Afiq mewakili Kelantan Darul Naim FC menandatangani kontrak perjanjian bersama Presiden ROHM Electronics, Hideki Hashimoto serta Pengurus Besar, Hiroaki Terasaka di pejabat urusan syarikat dari Jepun itu di Pengkalan Chepa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan