Pembayaran tanpa tunai sejajar usaha perangi rasuah: Guan Eng

Iklan
Guan Eng

CYBERJAYA - Inisiatif kerajaan merancakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai sejajar usaha perangi rasuah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini kerana setiap transaksi pembayaran tanpa tunai direkodkan.

Iklan
Iklan

"Apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran, kerajaan memulakan transformasi ke arah pembayaran tanpa tunai sebagai langkah utama untuk membendung rasuah," katanya.

Menurutnya, selain dapat membendung rasuah, pembayaran tanpa tunai juga dapat melancarkan pemberian subsidi kepada golongan sasar secara terus dan tanpa sebarang caj.

Iklan

"Satu lagi manfaat penting pembayaran tanpa tunai adalah dapat meningkatkan kutipan cukai sekali gus kemudahan awam dapat dipertingkatkan," katanya dalam ucapannya ketika pelancaran Eco Sistem Tanpa Tunai Untuk Cyberjaya di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Urusan Cyberview, Mohd Najib Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser.

Iklan

Beliau berkata, meskipun pelbagai usaha dan inisiatif dilaksanakan kerajaan sejak dua dekat lalu, hanya lima peratus sahaja dibelanjakan rakyat menerusi pembayaran tanpa tunai setiap hari.

"Rakyat masih menggunakan tunai dalam pembelian kecil seperti keperluan harian dan pembayaran parkir," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pembekal infrastruktur pembayaran pusat seperti PayNet memperluaskan pembayaran tanpa tunai.

"Kemudahan e-pembayaran mesti tersedia secara meluas, selamat dan mudah digunakan. Ia mesti mudah seperti wang tunai," katanya.

Dalam pada itu Guan Eng berkata, sebanyak RM66 juta daripada RM540 juta insentif E-Tunai Rakyat telah dibelanjakan oleh rakyat.

"Setakat jam 9 malam semalam, terdapat 2.9 juta permohonan manakala 2.2 telah diluluskan," katanya.