Warga emas rugi RM130,000 ditipu 'pegawai TNB', 'polis'

Iklan
Seorang lelaki warga emas kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan individu menyamar sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan anggota polis. Foto hiasan

BATU PAHAT - Seorang lelaki warga emas kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan individu menyamar sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan anggota polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, peniaga berusia 61 tahun itu menerima panggilan telefon dari seorang lelaki mendakwa dirinya kakitangan TNB Kuantan, Pahang pada Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

"Individu itu memberitahu mangsa terlibat dengan kes curi elektrik. Mangsa menafikan perkara itu kerana tidak mempunyai rumah di Kuantan.

"Panggilan itu seterusnya disambung kepada seorang individu yang mendakwa dirinya anggota polis di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Pahang. Mangsa diberitahu maklumat peribadinya dikesan terbabit dalam kes penggubahan wang haram," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Menurut Shahrulanuar, mangsa diminta menyerahkan maklumat perbankan oleh suspek bagi tujuan siasatan.

"Bagaimanapun, pada keesokan harinya, ketika membuat semakan dengan pihak bank, terdapat pindahan wang secara berperingkat ke tiga akaun persendirian tanpa disedari mangsa.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Orang ramai diminta lebih berhati-hati apabila menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali dan menyemak dengan pihak berkuasa terlebih dahulu apabila diminta melakukan urusan yang meragukan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!