[VIDEO] 20 lelaki sertai ‘Geng TR’ didakwa di mahkamah

Iklan

KLANG - Seramai 20 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng TR’ sejak lima tahun lalu.

Mereka ialah N Nithiyan, 39; S Logan, 32; R Parthipan, 32; M Keshava Nair, 30; A Balamurugan, 40; V S Wilbert, 46; M Ramakrishnan, 45; E Mohan, 34; M Thanasekaran, 44 dan Edward Liew, 49.

Iklan
Iklan

Turut dituduh S Manoraj, 28; M Amaran, 30; S Hemanathan, 31; K Thana Seelan, 38; K Ravishankar, 43; Muhammad Razi Abdullah, 51; G Deeneskumar, 29; K Venaigaraj, 32; A Kogilan, 26 dan M Tineshkumar, 26.

Kesemua lelaki itu mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Ahmad Faizadh Yahaya.

Iklan

Seramai 20 lelaki dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang pada Rabu, bagi menghadapi satu pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng TR’ sejak lima tahun lalu.

Iklan

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana pertuduhan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) itu, di berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Sungai Janggut, di sini pada November 2019 hingga 2 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim, Lina Hanini Ismail dan Syafinas Shabudin.

Mahkamah menetapkan 26 Jun untuk sebutan semula kes bagi memindahkan prosiding ke mahkamah tinggi.

Antara lelaki yang didakwa di Mahkamah Sesyen di Klang pada Rabu.

Pada Rabu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihak polis memburu 10 individu disyaki terlibat dengan kongsi gelap yang dikenali sebagai Geng TR.

Menurutnya, polis telah menahan 21 individu yang disyaki terlibat dengan kumpulan kongsi gelap menerusi Op Lima yang dijalankan pada 3 Mei lalu di sekitar Selangor, Johor dan Pahang.

Katanya, semua individu itu disiasat, telah menjadi ahli kumpulan kongsi gelap dan aktif menjalankan pelbagai kegiatan jenayah antaranya pembunuhan, pemerasan, pengedaran dadah dan khianat dengan api sejak 2019.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!