MR D.I.Y tawar hadiah bernilai RM20,000

Iklan
MR D.I.Y menganjurkan pertandingan Lirik MERDEKA dan menawarkan hadiah bernilai RM20,000.

SHAH ALAM - Peruncit perkakas rumah, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y.) menjemput individu berbakat untuk mempamerkan kreativiti lirik mereka dalam pertandingan Lirik MERDEKA, bertemakan ‘Bersama Satu Suara’ yang menawarkan hadiah bernilai RM20,000.

MR D.I.Y dalam satu kenyataan memaklumkan, pertandingan Lirik MERDEKA’ MR D.I.Y. menawarkan hadiah tersebut kepada sembilan pemenang.

Iklan
Iklan

"Enam pemenang hadiah saguhati masing-masing akan menerima wang tunai RM500 setiap seorang,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pertandingan tersebut sedang berlangsung bermula 20 Mei hingga 2 Jun 2024.

Iklan

Menariknya, MR D.I.Y. telah bekerjasama dengan penyanyi tempatan Jaclyn Victor, Alif Satar, Alif Satar & The Locos, dan Priscilla Abby.

Para selebriti terlibat akan menyanyikan lagu yang menampilkan lirik daripada pemenang utama pertandingan.

Iklan

Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan itu hanya perlu mendengar lagu demo di media sosial MR D.I.Y. https://www.facebook.com/mrdiy2u/videos/1220844625954997/,lihat templat dan serahkan penyertaan mereka ke https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdykwEbG2FpIoDCvCvNf62zzPqEMKICMn3XfAZdpFU-Y5beFA/viewform.

Jangan lepaskan peluang untuk menyumbang kepada projek muzik ini dan serlahkan rasa cinta anda kepada negara melalui penulisan lirik.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!