Kelantan beri sagu hati RM500 kepada pelajar dapat 9A SPM

Iklan
Pelajar-pelajar cemerlang SPM 2023 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, Kota Bharu.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan memberikan sagu hati sebanyak RM500 kepada pelajar di negeri ini yang memperoleh keputusan 9A ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Wan Roslan Wan Hamat berkata, sumbangan tersebut akan diuruskan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) bermula 2 hingga 16 Jun ini.

Iklan
Iklan

"Pelajar bukan kelahiran Kelantan yang menduduki peperiksaan di Kelantan turut layak menerima kerana mereka telah menaikkan nama negeri menerusi keputusan cemerlang.

Wan Roslan

"Pelajar yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang memperoleh keputusan Mumtaz akan turut diberikan sagu hati," katanya semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mendapat 5 prinsipal juga akan menerima sumbangan tersebut.

Wan Roslan memberitahu, anak-anak kelahiran Kelantan yang berada di luar negeri ini akan turut diberikan sagu hati jika mendapat keputusan sebagaimana syarat ditetapkan.

Iklan

Ujarnya, maklumat tersebut boleh didapati di laman sesawang Yayasan Islam Kelantan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!