Kes pengiring kenamaan cederakan OKU selesai cara baik

Iklan
Rusdi. Laporan Sinar Harian.

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur mengesahkan bahawa kes seorang pengiring kenamaan yang dilaporkan mencederakan seorang orang kurang upaya (OKU) sudah diselesaikan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada pengadu pada jam 1 tengah hari Selasa.

Iklan
Iklan

"Pengadu dikatakan telah diserang oleh seorang individu yang merupakan pengiring kepada rombongan kenamaan.

"Kejadian tersebut adalah disebabkan salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Rusdi berkata, pengadu kemudian telah membuat laporan polis kedua pada jam 9.59 malam, hari sama, dia menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.

Iklan

"Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!