27 maut bas hilang kawalan jatuh gaung di Pakistan

Iklan
Nahas bas di Quetta, Pakistan mengorbankan 27 penumpang. - Agensi

QUETTA - Sekurang-kurangnya 27 orang maut selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di barat daya Pakistan.

Nahas berlaku pada waktu Subuh di wilayah Balochistan ketika bas itu dalam perjalanan dari bandar Turbat ke Quetta.

Iklan
Iklan

"Ketika pemandu sedang membelok ke kawasan pengunungan tiba-tiba kenderaannya hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam gaung.

"Kami masih sedang menyiasat punca nahas. Kemungkinan dia tertidur atau memandu laju sehingga menyebabkan bas terjunam dalam gaung," kata pegawai kanan kerajaan, Ismail Mengal.

Iklan

Dalam nahas itu, lebih 25 orang termasuk pemandu dilaporkan cedera.

Ketua doktor di Hospital Awam Basima, Noor Ullah memberitahu AFP bahawa 27 mayat telah dibawa ke hospital ini dan mereka termasuk tiga wanita dan dua kanak-kanak. - AFP

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!