Henti tular video kambing gurun di Tasik Kenyir

Iklan
Tangkap layar daripada video yang ditularkan memaparkan seekor kambing gurun berkeliaran di sebatang jalan.

KUALA TERENGGANU - Orang ramai diminta berhenti menularkan video seekor kambing gurun yang dirakam di jalan menuju ke Tasik Kenyir.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata, penyebaran video itu dikhuatiri akan menarik minat pemburu haram sekaligus mengancam hidupan itu.

Iklan
Iklan

"Haiwan yang ditularkan di media sosial itu adalah daripada spesies kambing gurun dan ia adalah haiwan yang dilindungi.

"Kita minta orang ramai jangan sebarkan video itu kerana dikhuatiri menarik minat pemburu dan boleh mengancam populasi kambing gurun dan hidupan liar lain," katanya.

Iklan

Beliau berkata, tindakan membunuh haiwan itu boleh didakwa di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM100,000 dam maksimum RM500,000 serta dipenjara tidak melebihi lima tahun," katanya.

Iklan

Terdahulu tular di media sosial rakaman video berdurasi 1.37 saat memaparkan haiwan itu berkeliaran di sebatang jalan.

Berdasarkan rakaman itu, haiwan itu bertindak melompat ke arah kawasan semak setelah menyedari diekori oleh sebuah kenderaan.