Harga petrol, diesel kekal hingga 5 Jun

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 30 Mei hingga 5 Jun ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan kepada harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

Iklan
Iklan

"Untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak sebenar di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu melebih paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuai bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara. - Bernama

Iklan

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!