175 penunggang tolak motosikal 2km ke balai polis
Iklan
Seramai 175 penunggang yang ditahan menolak motosikal masing-masing ke balai polis untuk tindakan lanjut.
BUTTERWORTH - Sebanyak 2,358 motosikal diperiksa dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) malam tadi.
Dalam operasi yang dijalankan 70 anggota JSPT Bukit Aman itu turut melibatkan agensi lain iaitu Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Iklan
Iklan
Daripada jumlah itu, 175 motosikal disita dan kesemua penunggang diarahkan menolak motosikal masing-masing sejauh dua kilometer ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.
Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan, Kawalan Lalu Lintas dan Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi pada jam 7.30 malam itu dijalankan selepas polis menerima aduan orang awam mengenai aktiviti mat rempit di kawasan tersebut.
Iklan
Menurutnya, sebanyak 930 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada cermin sisi, tiada lesen memandu, tiada nombor pendaftaran, nombor pendaftaran palsu selain mengubahsuai motosikal dan ekzos.
"Operasi ini adalah operasi membanteras mat rempit terbesar dijalankan di Pulau Pinang. Sebanyak 175 motosikal disita dan 24 lelaki ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya.
Iklan
"Selain itu, kita juga menahan 11 lelaki kerana bawah umur, tiga positif syabu dan ganja. Operasi ini dibuat selepas polis menerima aduan mengenai kegiatan mat rempit yang mengancam pengguna jalan raya lain selain membuat bising," katanya.
Mohd Nadzri berkata, operasi tersebut merupakan usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengurangkan kadar kemalangan dalam kalangan penunggang motosikal.
"Kita akan menjalankan usaha ini secara berterusan agar aktiviti tidak sihat ini dapat dibendung," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam