Angka korban rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 36,171 orang

Iklan
Sekurang-kurangnya 81,420 orang lagi cedera dalam serangan dilakukan Israel di Gaza. Foto AFP

GAZA - Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas meningkat kepada 36,171 orang.

Sekurang-kurangnya 81,420 orang lagi cedera dalam serangan tersebut, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan pada Selasa.

Iklan
Iklan

Sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dan 284 lagi cedera dalam serangan Israel yang berlaku dalam tempoh 24 jam lepas.

Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mencapai mereka. - Bernama

Iklan

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!