IPTA perlu sedia lebih banyak program integriti

Iklan
Foto hiasan. Gambar kecil: Mohamed Yusuf

SHAH ALAM - Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu menyediakan lebih banyak program bertemakan integriti bagi mendidik dan menyemai nilai diri kukuh dalam diri setiap pelajar untuk membenci rasuah.

Timbalan Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Mohamed Yusuf Hassan Roslan berkata, menerusi program kerjasama antara mahasiswa dan agensi kerajaan, ia berpotensi mengukuhkan integriti dalam kalangan generasi muda di negara ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, strategi tersebut merupakan kaedah yang perlu diperluaskan di semua institusi pendidikan negara bagi membendung jenayah itu daripada terus menjadi normalisasi dalam masyarakat.

"Usaha untuk membendung jenayah ini boleh dilakukan jika strategi yang dilaksanakan dibuat dengan teliti,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

Iklan

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan akan terus mendekati golongan pelajar dan mahasiswa bagi memperbetulkan persepsi negatif serta mengelak kumpulan tersebut daripada terjebak dengan perbuatan rasuah.

Ketua Cawangan Pendidikan Bahagian Pendidikan Masyarakatnya, Mohd Nur Lokman Samingan berkata, mesej antirasuah yang jelas perlu disampaikan kepada kumpulan sasar tersebut secara bersemuka.

Iklan

Mengulas lanjut, menurut Mohamed Yusuf, kaedah membanteras rasuah perlu dilakukan secara agresif dan bukan menjadi slogan kempen kepada masyarakat semata-mata.

Ujarnya, semua pihak perlu memainkan peranan bagi mengelak sebarang ketirisan atau salah guna kuasa dalam kalangan mahasiswa.

"Kerja membanteras rasuah ini bukan sekadar slogan semata-mata tetapi ia perlu diaplikasi dalam semua bidang secara menyeluruh dalam masyarakat,” tegas beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!