Kesihatan Fatimah 'The Family UK' semakin merosot, keluarga mohon doa

Iklan
Fatimah yang mempunyai kemahiran menguasai beberapa bahasa akan menjalani satu lagi biopsi. - Foto/Instagram thefamily.uk

KEADAAN kesihatan Fatimah Omar Mukhlis, 10, dilapor semakin merosot walaupun pendarahan yang dialami anak kedua daripada tiga beradik The Family UK itu telah berhenti sepenuhnya.

Perkembangan terbaharu mengenai kesihatan kanak-kanak itu dikongsi di laman Instagram thefamily.uk pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurut kemas kini tersebut, Fatimah yang mempunyai kemahiran menguasai beberapa bahasa akan menjalani satu lagi biopsi.

"Kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon jasa baik anda semua agar sudi untuk terus mendoakan kesayangan kami, Fatimah Omar Mukhlis.

Iklan

"Semoga ALLAH permudahkan urusan biopsi Fatimah hari ini (Rabu) tanpa sebarang komplikasi. Semoga berkat doa ramai, ALLAH kurniakan keajaiban buat Fatimah," demikian menurut entri tersebut.

Dalam masa sama, The Family UK turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus bertanya khabar dan mendoakan kesihatan Fatimah.

Iklan

"Semoga segala jasa baik anda semua dikurniakan ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh ALLAH S.W.T," tambah kemas kini itu.

Sejak berusia tiga tahun, Fatimah mencuri perhatian ramai kerana kefasihan kanak-kanak itu bertutur dalam dialek Kelantan.

Selain Melayu, Fatimah yang dilahirkan di Birmingham, United Kingdom (UK), juga fasih berbahasa Inggeris dan Siam. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!