Israel guna helikopter tentera serang Rafah

Iklan
Serangan terbaharu menyaksikan sebuah helikopter Israel melepaskan tembakan ke atas Rafah. Foto Reuters

ISRAEL SELATAN - Israel tanpa henti melanggar arahan antarabangsa, dan tidak mengendahkan gesaan dunia.

Serangan terbaharu menyaksikan sebuah helikopter Israel melepaskan tembakan ke atas Rafah, sebuah kawasan pelarian terpadat di dunia.

Iklan
Iklan

Serangan terbaharu ini turut menyebabkan kepulan asap gelap memenuhi kawasan itu.

Sebelum ini, Israel menghantar kereta kebal dalam serbuan ke Rafah pada Rabu dan meramalkan perang dan pembunuhan beramai-ramainya ke atas rakyat Palestin di Gaza akan berterusan sepanjang tahun.

Iklan

Washington bagaimanapun berkata serangan Rafah tidak melibatkan operasi darat besar-besaran yang akan mencetuskan perubahan dasar mereka.

Kereta kebal Israel dilihat bergerak ke tengah-tengah Rafah buat pertama kali pada Selasa.

Iklan

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah pun mengeluarkan perintah untuk menamatkan serangannya ke atas bandar itu, di mana ramai rakyat Palestin telah berlindung daripada pengeboman di tempat lain.

Mahkamah dunia berkata Israel tidak menjelaskan bagaimana ia akan memastikan mangsa yang dipindahkan dari Rafah selamat dan menyediakan makanan, air dan ubat-ubatan. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!