IPOH - Seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Laluan Sri Kuang 3, Desa Lasi di sini malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.46 malam sebelum jentera bomba bersama lapan anggota tiba di lokasi 10 minit kemudian.