Warga emas maut motosikal bertembung pacuan empat roda

Iklan
Keadaan pacuan empat roda dan motosikal yang terbabit dalam kemalangan di KM 68, Jalan Batu Pahat-Mersing di Kluang pada Rabu.

KLUANG - Seorang warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer (KM) 68, Jalan Batu Pahat-Mersing di sini pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 6 petang apabila pacuan empat roda berkenaan terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu wanita warga tempatan berusia 20-an bersama keluarga telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

"Akibat perlanggaran, penunggang motosikal warga emas ini mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu serta dua penumpang wanita dewasa, seorang penumpang wanita warga emas, dua kanak-kanak dan seorang bayi dari kenderaan pacuan empat roda berkenaan tidak mengalami kecederaan," katanya.

Iklan

Bagaimanapun, katanya, kesemua mereka telah menerima rawatan di Hospital Ence' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Bahrin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ).

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!