KFC tak pernah ada dalam senarai jenama untuk diboikot - BDS Malaysia

Iklan
BDS memaklumkan restoran makanan segera KFC tidak pernah berada dalam senarai jenama untuk diboikot.

SHAH ALAM - Kumpulan pro-Palestin Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) memaklumkan bahawa rangkaian restoran makanan segera KFC tidak pernah berada dalam senarai jenama untuk diboikot.

Pengerusi BDS Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail berkata, ini kerana KFC tidak melakukan perkara yang sama seperti sebuah lagi rangkaian restoran makanan segera yang menyediakan makanan percuma kepada tentera Israel dari cawangannya di sana.

Iklan
Iklan

"Kami tidak pernah berkempen untuk rakyat Malaysia memboikot KFC sejak dahulu hingga sekarang," katanya.

QSR Brands (M) Holdings Bhd, yang menguruskan KFC dalam satu kenyataan pada 29 April lalu berkata, fokus syarikat kekal pada penyediaan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan sambil menyumbang secara positif kepada ekonomi Malaysia melalui jaminan pekerjaan untuk 18,000 kakitangannya di negara ini, yang mana kira-kira 85 peratus adalah beragama Islam.

Iklan

QSR Brands menambah bahawa ia terus menjadi antara pembayar cukai terbesar di Malaysia dan berbangga kerana dapat memberi kembali kepada masyarakat melalui KFC Add Hope dan Dana Zakat Wakalah.

Iklan