'Tidak timbul isu tender terbuka projek DRT' - MB Selangor

Iklan
Amirudin

PETALING JAYA - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan tidak timbul isu tender terbuka berhubung pelantikan dua syarikat pengendali Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di negeri itu.

Amirudin berkata, proses kelulusan dibuat selepas pertimbangan dan rujukan daripada Agensi Pengangkutan Awam dan Darat (APAD) yang memaklumkan hanya dua syarikat berkenaan telah diberikan kebenaran proof of concept (POC).

Iklan
Iklan

"Kerajaan telah menjemput kedua-duanya jadi tak timbul isu (tidak panggil syarikat lain). Kalau kita buat tender terbuka pun hanya dua syarikat berkenaan mempunyai kebenaran POC pada ketika itu.

Beliau ditemui pada sidang akhbar Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor dan PKNS Selangor Masters di Kelab Seri Selangor pada Khamis.

Iklan

Selain Asia Mobility, Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Rintis DRT turut mengambil pendekatan bersetuju melantik Badan Bas Coach Sdn Bhd (Mobi) (Badan Bas) selaku pengendali DRT.

Amirudin berkata, kedua-dua syarikat itu tidak mendapat projek sebaliknya kelulusan POC yang perlu melalui proses percubaan perkhidmatan DRT tersebut.

Iklan

"Saya tengok ada satu kenyataan dibuat oleh seorang ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang agak naif mempersoalkan punca tidak mengambil syarikat e-hailing lain.

"Syarikat e-hailing lain tidak dapat kebenaran APAD. Ini bukan syarikat yang menawarkan pergerakan bebas tetapi ada jajaran yang harus diberikan kebenaran oleh APAD.

"Kenapa tak ambil Prasarana? Untuk makluman Prasaran hanya muncul kemudian selepas Asia Mobility dan Badan Bas mendapat kebenaran," jelasnya.

Tegasnya, kerajaan negeri tiada masalah untuk mendedahkan prosedur lantikan dua syarikat tersebut termasuk minit mesyuarat bersama APAD.

"Kerajaan negeri terbuka kerana mempunyai akta kebebasan maklumat yang beri ruang untuk mereka dapatkan dokumen. Tidak ada benda pelik dan sebagainya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!