KUALA LUMPUR - Dua Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan AS 555 SN Fennec disahkan tidak boleh dibaik pulih untuk digunakan dalam operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, kedua-dua helikopter itu berada di markas TLDM sekiranya ada semakan siasatan lanjut.
Iklan
Iklan
"Ianya ‘beyond repaired’ (tidak boleh dibaiki). Kita ada tiga pesawat baharu yang kita peroleh tetapi satu sudah terbabit nahas dan tinggal dua sahaja yang beroperasi,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, pada Khamis.
Mengulas mengenai pesawat Fennec pula, Abdul Rahman berkata, TLDM kini mempunyai empat pesawat yang boleh beroperasi, selepas masing-masing satu terbabit nahas dan rosak.
Beliau mengakui, ketiadaan pesawat itu juga akan menyebabkan sedikit sebanyak pengoperasian TLDM terjejas tetapi akan berusaha meningkatkan kesediaan sedia ada, termasuk mendapat perolehan aset baharu.
"Ia melalui perolehan terus ataupun sewaan (pesawat),” katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!