Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai RM12.8 juta

Iklan
Nadzri (tiga,kiri) bersama pasukannya menunjukkan minuman keras pelbagai jenama yang dirampas dalam dua serbuan berasingan.

MELAKA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka berjaya mematahkan sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras berjumlah RM12.8 juta menerusi dua serbuan berasingan di Johor pada Februari dan Isnin lalu.

Pengarahnya, Nadzri Che Ani berkata, pasukan penguat kuasa berjaya menahan tiga kenderaan termasuk dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam serbuan pada Isnin lalu.

Nadzri (kiri) menunjukkan minuman keras yang disembunyikan dalam kenderaan MPV dan ditutupi dengan kain hitam selepas sidang akhbar di Pejabat JKDM Melaka, di sini, pada Khamis.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit menemui 4,222.56 liter minuman keras pelbagai jenama yang ditutupi dengan kain berwarna hitam bernilai RM203,603 termasuk cukai.

Katanya, semasa serbuan itu, pemandu kenderaan melarikan diri dan pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang dokumen cukai dijumpai.

Iklan

"Ketiga-tiga kenderaan tersebut disita dan dibawa ke pejabat untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (E) Akta Kastam 1967," katanya ketika sidang akhbar di Pejabat JKDM Melaka, Ayer Keroh, di sini, pada Khamis.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam serbuan lain di sebuah gudang di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor menemui 15,170,00 batang rokok pelbagai jenama dan 33,835 liter minuman keras membabitkan cukai keseluruhan berjumlah RM12,593,550.

Menurutnya, serbuan yang diadakan pada 28 Februari lalu itu dilakukan selepas penguat kuasa mengesan sebuah gudang yang tidak mempunyai papan nama disyaki menjadi lokasi penyimpanan barang penyeludupan.

Katanya, hasil pemeriksaan dalam gudang itu, berjaya menjumpai kesemua barang penyeludupan terbabit yang turut disorokkan dalam dua buah lori serta sebuah kontena.

"Kesemua barang kes disita untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967," katanya.

Beliau dalam pada itu menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti penyeludupan yang bukan sahaja merugikan negara malah mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!