Manulife tarik Generasi Z sertai pasaran insurans

Iklan
Manulife Malaysia menyasarkan untuk mengubah corak ejen pasaran melalui inisiatif strategik yang menarik dengan tumpuan khusus kepada Generasi Z. Gambar hiasan.

MANULIFE Insurance Berhad (Manulife Malaysia) menyasarkan untuk mengubah corak ejen pasaran melalui inisiatif strategik yang menarik dengan tumpuan khusus kepada Generasi Z.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Manulife Holdings Bhd, Vibha Coburn berkata, langkah itu diambil bagi menarik lebih ramai golongan berkenaan menyertai pasaran insurans dengan mengambil kira kadar pengangguran melibatkan generasi tersebut.

Iklan
Iklan

Ini kerana katanya, terdapat lebih daripada 300,000 individu Generasi Z kini berada dalam segmen tanpa pekerjaan, manakala hanya 54 peratus rakyat Malaysia mempunyai pelan insurans dan takaful.

"Di Manulife, ejen bukan hanya rakan kongsi, tetapi juga pemangkin kemajuan. Generasi Z merupakan segmen penting dan berkembang pesat memasuki tenaga kerja dan kami melihatnya sebagai aset berharga dengan kemahiran dan aspirasi yang sejajar dengan tawaran program kami.

Iklan

Antara produk yang ditawarkan ialah Inisiatif seperti Akademi Perniagaan Manulife, Kelab Usahawan Muda, dan Model Francais ALC menawarkan pelbagai latihan dan bimbingan untuk mencorak kerjaya ejen masa depan.

Selain menumpukan pada bakat muda, Manulife juga menyesuaikan proses perniagaan mereka dengan era digital seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.

Iklan

"Ini memberikan kemudahan kepada ejen dan pelanggan, serta memastikan syarikat terus relevan dalam industri yang berubah dengan pantas," katanya.

Generasi Z merujuk kepada individu berusia antara 27 hingga 14 tahun atau yang lahir antara pertengahan 1990-an hingga awal 2010-an.

Kumpulan ini terkenal dengan penggunaan teknologi digital dan internet yang meluas sejak usia muda, serta mempunyai ciri-ciri unik dalam cara berinteraksi dan membuat keputusan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!