Laporan nahas helikopter TLDM

Iklan
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayub menunjukkan rakaman video insiden helikopter TLDM yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pada 23 April lalu pada sidang media di KD Sri Gombak hari ini.

Dalam tragedi 23 April lalu, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas dua pesawat itu bergesel dan terhempas ketika menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

Susulan nahas itu, laporan awal dikeluarkan Lembaga Siasatan dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut mendedahkan terdapat lima fakta berhubung tragedi itu.