KL bandar raya ketujuh terbaik dunia untuk ‘port’ makan

Iklan
Kuala Lumpur dipilih sebagai bandar raya ketujuh terbaik di dunia untuk makanan.

SHAH ALAM - Kuala Lumpur dipilih sebagai bandar raya ketujuh terbaik di dunia untuk makanan, dengan nasi lemak dinamakan sebagai hidangan wajib cuba teratas, diikuti dengan sup tomyam Thai dan roti canai.

Ranking itu dikeluarkan oleh majalah gaya hidup yang berpangkalan di London, pada Rabu.

Iklan
Iklan

Penulisnya di Kuala Lumpur, Ng Su Ann turut menyifatkan ibu kota Malaysia sebagai sibuk dan terkenal dengan landskap masakannya yang pelbagai, dibentuk oleh pengaruh Melayu, Cina dan India selama berabad.

Sup Tomyam Thai.

"Luangkan masa ke kedai kopitiam, mamak dan penjaja serta pasar malam untuk merasai hidangan jalanan kami yang terkenal di dunia seperti laksa, roti canai dan nasi lemak.

Iklan

Su Ann turut berkongsi kedai makan yang dia anggap berbaloi untuk membuat tempahan iaitu Pickle Dining dan Kai, sebuah restoran yang menampilkan perisa dari seluruh Kepulauan Melayu.

Nasi Lemak

TimeOut juga meletakkan Naples, Itali yang terkenal dengan piza margherita sebagai bandar makanan terbaik di dunia, diikuti oleh Johannesburg, yang menawarkan hidangan tradisional Afrika Selatan dan Lima, Peru mendapat tempat ketiga.

Iklan

Lima bandar Asia lain dalam senarai itu ialah Ho Chi Minh City, Vietnam; Beijing, China; Bangkok, Thailand; Mumbai, India dan Dubai di Emiriah Arab Bersatu.

Roti Canai

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!