Nilaian semula cukai pintu susulan hartanah Selangor meningkat - MB

Iklan
Amirudin

PETALING JAYA - Penilaian semula cukai pintu di Selangor penting untuk mengetahui nilai perbandaran dan kualiti pembangunan di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu berikutan peningkatan nilai hartanah di Selangor selain nilaian semula tidak dikemas kini lebih 20 tahun.

Iklan
Iklan

"Ia tidak dibuat sebelum ini kerana menteri besar terdahulu tidak benarkan nilaian semula dilakukan sedangkan ia penting untuk mengetahui nilai perbandaran dan kualiti pembangunan di Selangor.

Beliau ditemui pada sidang akhbar Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor dan PKNS Selangor Masters di Kelab Seri Selangor pada Khamis.

Iklan

Amirudin berkata, walaupun langkah itu memberi kesan kepada kenaikan, namun kerajaan negeri akan meneliti kesesuaian pelaksanaannya.

"Ia mungkin akan beri kesan kepada cadangan peningkatan tapi kerajaan negeri akan lihat kepada situasi ekonomi, sama ada benarkan kenaikan atau tidak.

Iklan

"Kerajaan negeri juga mempunyai penetapan dasar sebagai contoh bagi rumah kos rendah walaupun menerima notis nilaian tersebut namun tidak akan dikenakan cukai," katanya.

Justeru katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan meneruskan penerangan berhubung isu nilaian baharu itu kepada penduduk terlibat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!