Tinggal anak di lebuh raya gara-gara dapat gred teruk

Iklan
Gadis itu dikatakan mendapat gred yang teruk dalam subjek Latin. Gambar hiasan

ROM – Seorang wanita meninggalkan anak perempuannya berusia 16 tahun di lebuh raya utama di sini, kerana mendapat gred teruk dalam mata pelajaran bahasa Latin.

Menurut laporan media tempatan, gadis itu kemudian berjaya diselamatkan selepas polis yang meronda menemuinya sedang berjalan di tepi jalan di tengah lalu lintas yang sibuk dan telah membawanya ke balai polis.

Iklan
Iklan

Difahamkan, gadis itu telah menerima gred Sembilan daripada 10 dalam kelas lain, tetapi hampir tidak lulus dalam mata pelajaran Latin, iaitu hanya mendapat gred Lima.

Dia memberitahu pegawai polis bahawa dia dan ibunya telah bertengkar sebelum memberhentikan kereta dan menyuruhnya keluar.

Iklan

Polis mendakwa ibu berusia 40 tahun itu atas tuduhan penderaan dan merujuk perkara itu ke mahkamah juvana. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan